بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dalam mengagumi kebesaran ciptaan
Allah SWT, ilmu astrologi merupakan jambatan ilmu yang menghubungkan kita
dengan alam semesta. Program Geng Masjid kali ini membawa kelainan dengan
membawa tema "Eksplorasi Ilmu Falak" - membawa peserta mengeksplorasi
keajaiban langit, memahami asas konsep-konsep falak dari perspektif Islam,
serta mengaitkan ilmu falak dengan kehidupan kita sehari-harian.
Program ini secara tidak langsung membuka cakerawala pemikiran peserta tentang keajaiban alam semesta yang luas dan betapa kerdilnya manusia di sisi Tuhan-Nya Yang Maha Besar. Melalui rangkaian aktiviti yang menarik dan interaktif, program ini diharapkan dapat memperkuat identiti dan kesedaran terhadap keindahan Islam yang syumul serta kepentingan menjadi Muslim yang berilmu.
✨ Meningkatkan kesedaran tentang kebesaran Allah SWT melalui pengamatan alam semesta.
✨ Mendorong rasa ingin tahu dan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan.
✨ Memperkuat identiti dan kesedaran terhadap kepentingan dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seorang Muslim.
✨ Menyediakan ruang dan peluang para peserta mengenal serta membina potensi diri
Alhamdulillah, semua yang baik itu daripada Allah.
Betul kata Adik Anggerik, kalau di rumah tak buat apa sangat cuti sekolah ni.
Kalau pergi program ada banyakkk perkara baru yang boleh kita explore!
Sayang kan, kalau masa muda bertenaga ini dihabiskan begitu saja?
Memperkenalkan....
====================
HIGHLIGHT PROGRAM:
====================
✅ Tahsin Al-Quran
✅ Hafazan Bertema (Ayat
Nasihat Atau Surah Pilihan)
✅ Latihan Dalam
Kumpulan (Ldk)
✅ Cosmic Night -
Telescope Experience!
✅ Shooting The Stars
✅ Fasa-Fasa Bulan
✅ Allah Maha Besar
& Betapa Kerdilnya Kita!
✅ Amazing Race (Learning Walk)
✅ Qiyamullail
ATURCARA PROGRAM
Siapa yang sesuai untuk program ini?
Anak-anak remaja 10-17 tahun.
Daftar Sekarang!
=================
BAYARAN KOMITMEN
=================
Pakej 2 hari 1 malam
Luar Kariah : RM100
Bagaimana nak tahu status anak kariah atau tidak?
Lihat senarai di bawah.
Bayaran komitmen adalah all-in termasuk makan penuh 2 hari 1 malam.
Alhamdulillah kita dapat sedikit penajaan, biasanya untuk program sebegini harganya dua kali ganda!
APA KATA IBU BAPA?
Ini sebahagian daripada respon ibu bapa yang telah menghantar anak ke program kami.
Alhamdulillah, kami juga seperti ibu bapa lain, mahukan yang terbaik buat anak-anak.
Niat kita dalam menganjurkan program sebegini, kita mahu tanamkan ciri-ciri qawiyyul amin dalam kalangan anak-anak, semoga mereka menjadi generasi soleh musleh yang bermanfaat untuk orang lain.
Allahumma Amin!
Pada hari pendaftaran nanti, para peserta juga akan dibekalkan:
Buku Modul Program Geng Masjid
Button Badge buat kenangan
Hadiah Kumpulan Terbaik
E-Sijil
----------
Tempat Terhad! First come first served.
Daftar sekarang sebelum terlambat!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Peserta digalakkan untuk membawa gajet (telefon bimbit/tablet) sendiri bagi aktiviti khas Ekspedisi Langit Malam.
Walaubagaimanapun, penggunaan gajet adalah terhad pada waktu tertentu yang dibenarkan sahaja. Peserta tidak dibenarkan untuk bermain game atau apa-apa aktiviti yang tidak sesuai sepanjang program.
Bolehkah jika anak saya tidak mahu bermalam?
Boleh, jika ada keperluan, peserta boleh pulang ke rumah selepas jam 10 malam (selepas aktiviti mencerap bulan) pada 29 Mei dan kembali ke Masjid sebelum jam 8.30 pagi keesokannya.
Selepas mendaftar, pastikan anda membaca InfoPack & update tentang program di Telegram (t.me/cutisekolahmasjid) dari semasa ke semasa. Terima kasih.
-----------------
ISTIMEWA BUAT ANAK-ANAK YATIM KARIAH MASJID,
BAYARAN KOMITMEN HANYA RM10 SAHAJA!
Jumpa nanti, insya-Allah!
.
.
p/s: pada borang di bawah, nama pelanggan = nama ibu bapa