Q & A

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

SOALAN YANG LAZIM DITANYA


1. Soalan:

Adakah pengisian program Disember dengan program September lepas?

Bagaimana pula jika anak ingin sertai kedua-dua minggu, adakah sama pengisian Minggu 1 & 2 ?


 Jawapan:

- Ayat Hafazan: berbeza

- Tahsin Al-Quran/Iqra' : muka surat berbeza

- STEM Challenge : projek robotik berbeza

- September haritu 3 hari, kali ini 4 hari program siang. Lebih intensif. Cth SMART Solat boleh praktikal lama lagi

- Slot tambahan Disember: Ada projek kraf!

- Tarikh berbeza : peserta & fasi juga berbeza, dapat kawan baru!

- Kalau nak suasana lebih berbeza, boleh pilih masjid lain pula :)


Ala kulli hal, insya-Allah setiap hari pasti kita akan belajar sesuatu yang baharu & berbeza :D


2. Soalan: 

Saya nak daftar untuk dua minggu program, ada diskaun lagi tak?


Jawapan:

Ada Tuan/Puan, boleh masukkan KUPON: 2minggu untuk diskaun tambahan.

Diskaun RM18 (x2) kalau daftar untuk kedua-dua minggu!
Kalau bertiga dapat diskaun lagi!

Sekali lagi, kupon: 2minggu



 

3. Soalan:  

Kalau daftar bertiga, ada diskaun?


Jawapan:

Ada Tuan/Puan, daftar bertiga akan jadi RM180 seorang.

 

4. Soalan:

Apa barang keperluan yang perlu dibawa?


Jawapan:

Insya-Allah seminggu sebelum program kami akan edarkan PDF Panduan Ibu Bapa & peserta, nanti akan disenaraikan keperluan semasa program. Tapi jangan risau, tak perlu susah-susah, bawa barang yang sedia ada saja seperti alat tulis & Quran/Iqra’.

 

5. Soalan:  

Anak saya umur 5 tahun, boleh ke sertai?


Jawapan:

Jika anak 5 tahun yang sudah boleh uruskan diri sendiri di tandas, dan tak kuat nangis, boleh insya-Allah. Cuma untuk program bermalam tidak dibenarkan, hanya untuk 8 tahun ke atas sahaja.

 

6. Soalan:

Anak saya autistic/ADHD/hyper/OKU boleh ke sertai?


Jawapan:

Kami memang menerima anak-anak kelainan upaya insya-Allah. Bahkan anak pengarah program sendiri ada mild autism.  Jika kategori anak ‘mild’, boleh mengurus diri, boleh mengikut arahan serta tidak menganggu peserta lain, kami sangat alu-alukan anak untuk sertai insya-Allah.
Kami tiada kepakaran formal, tetapi jika anak memang sedia & mahu ke program, insya-Allah kami juga sedia membantu. Pengalaman menyantuni anak-anak kelainan upaya ini pastinyanya pengalaman berharga untuk para peserta lain juga. 



Perlukan bantuan?